video pertama aku .

Assalamualaikum . 

haa . ehem ehem . test test . baru nak try upload vid ni . tak pandai pun sebenarnya . haishhh .
hajat hati mmg teringin nak edit video yg ad mcm mcm tu . tapii . tak pandai la . anyone can ajar . hikhik .

ni video pasal sedara aku dekat kampung sana . haishhh . comel macam aku tak . haha *perasan* 



oke . sumpah tak tipu . memang aku rindu diaorang sangat . 
kalau dekat kampung . mesti tido dgn diorang . sebelum tido maen game dekat samsung tab .
tu yang kempunan mintak tab si kecik tu . 

kakak kangen banget ma kamu ! . haha . 

okelah . dah nama ada video . tak payah tulis pepanjang korang tengok jela ea . enjoy ! 
later aku upload budak kenit ni lagi. okay !

Assalamualaikum . 

korea ! korea ! korea !

Assalamualaikum . 
Selamat tengah hari . selamat memasak lahhh . 

cakap pasal cerita korea nie . sape yang tak penah tak angau tengok cerita yang indah mimpi dari realiti ni kan . semua nak sweet jea jalan ceritanya . tambah dgn pelakon yang comel hensem . lagi buat excited nak tgk .
 
tapi ! . filem tanah air kita . filem melayu kita jangan tak sokong pulak . jangan beli cd cetak rompak tauu ! 

sumpah ! . dulu aku tak penah sangkut pun nak layan korea . sebab jalan ceritah punyalah panjang . banyak dramanya sgt . tapi sejak ada satu drama nie . aku terus layan woo . haaa . ni haaa cerita dia . 

                                                          
sumpah best cerita dia . its about . satu perempuan korea dari Amerika  yang minat dekat seoarang atlet lompat tinggi . sampai sanggup utk menjadi lelaki untuk bersekolah di sekolah lelaki . tempat mana mamat tu belajar . haa . nak tau apa jadi . kantoi ke tidak perempuan ni dengan pihak sekolah ? . jangan lupa utk tengok tauu . dekat 393 . setiap rabu dan khamis pukul 21.15 . 

selamat berlayan cerita korea . 

oke . Assalamualaikum . 

aku si suri rumah vs ummi si superwomen .

Assalamualaikum .

bukan tak pandai mengurus rumah .cuma sebelum ni ada bibik bantu urus rumah . 
tapi dah lari . sekarang aku yang urus rumah .
sumpah !
mmg penat . penat sangat
tangan dah tak lembut . tangan dah tak cantik .
tangan dah bercalar . tangan dah kasar . badan sakit sakit .

*bayangkan*
masa ummi aku dulu .
dengan ada anak kecik
kerja dari pukul 8 sampai 5
balik kerja . masak . kemas rumah . gosok baju .
perghhh ! . memang superwomen ! . memang terbaik !
lagi penat . sebab tu aku respect suri rumah . aku tabik mereka . kerana mereka tiang keluarga . kerana mereka keluarga terurus .

sekarang masa aku membalas jasa . aku yang mengurus kehidupan hariannya .
makan minumnya . pakaiannya .

ummi !
terima kasih mendidik . terima kasih mengasuh . terima kasih menegur . terima kasih membentuk .
untuk aku jadi aku
untuk aku jadi manusia terbaik .

Alhamdulillah Ya Allah .
masih dapat aku membalas jasanya . masih sempat aku merasa sayangnya .

ILOVEYOUSOMUCHUMMI .
ILOVEYOUSOMUCHSAPIAHSAKRI .



kehidupan remaja .

Assalamualaikum ,

pernah hati memberontak , marah . pernah hati kecewa , sedih
maklum jiwa hati remaja , baru mencari indentiti  masih belum cukup matang .

huihhh . tak sape kate senang untuk membentuk anak remaja dalam keadaan sekarang .
keadaan yang serba serbi ada . internet . handphone canggih . macam macam lagi .

tak pernah salahkan ibubapa . kalau anak tersalah jalan . dunia sekarang memang mencabar .

kita kena bijak . kena pandai . kena berani .
untuk mecuba sesuatu , agar tak ketinggalan .
tapi !
jangan tersalah pilih . berlandaslah dengan ajaran Allah .
InsyAllah , setiap apa yang kita buat diberkatiNya .

kita boleh maju ! . kita boleh berjaya ! .
bangun anak melayu ! . bangun anak Islam !
jangan selalu pergi jalan yang salah .
jangan biar tanah kita jatuh ke tangan mereka yang bukan Islam
jangan biarkan maruah melayu kita mereka gadaikan ! .

pesan aku bukan untuk memerli .
tapi sekadar ingatan
bukan untuk kau sorang
tapi juga aku .

semoga setiap langkah kita Alah berkati .
mulakan langkah kanan dengan Bismillah
akhiri langkah kiri dengan Alhamdulillah

INSYALLAH , ASSALAMUALAIKUM  .



Bismillah pembuka jalanku , Assalamualaikum kisah baruku .

Assalamualaikum .

oke . kotakhati masih baru lagi dalam blog memblog nie , so banyak yang kena belajar . yaaa , meme dulu penah ada . tapi dah malas nak bace cerita lama , so just decide to open new blog la . hewhewhew . bak kate budak remaja sekarang .

kalau ikut pale otakku yang mereng ni , banyak sebenarnya nak tulis . tapi biasa lah , bila dah buka laptop , buka blog , letak jari atas keypad ni , tetiba idea tu lariiii , hadehhh , maka hilang la semangat nak menulis .

haaa . oke la yee , nak tulis pepanjang pun bukan nak baca sgt pun kan . aku sendiri malas nak membaca , ada hati nak tulis pepanjang lak kan . haaa . oke la . dada ! . Assalamualaikum ! .