cinta

aku letih bercinta;
kalau hujungnya bukan ke jinjang pelamin.

aku letih bercinta;
kalau kau sekadar mempersenda.

aku letih bercinta;
kalau kau hanya memperguna.

aku letih,
ya;
aku letih.

aku tunggu;
aku cari
cinta yang halal.

aku pasti;
kerna telah tertulis utk aku sejak di luh mafuz.


hijrah

wallahi bukan nak menunjuk cuma aku berkongsi kisah,
kau suka silakan baca,
kau tak suka silakan tak baca,
bebas.

berubahnya aku bukan kerana dipaksa,
apa tah lagi terpaksa,
dan;
jauh lagi ada yang memaksa.
cuma;
hati kecil yang tergerak kesana.

dulu;
mmg pernah hati berkata berubah
cuma takut;
takut hati tak istiqomah,

aku nekad,
aku tahu ini pilihan terbaik,
biar;
aku tulikan telinga
biar;
aku buta kan mata,
andai ada yang berkata sumbang.

aku tahu;
di sebalik peghijrahan aku,
ada satu doa yang mengiringi hati,
doa ummi walid yang selalu bersama,
cuma;
aku yang tak nampak.

alhamdulillah.
terima kasih tuhan utk penghijrahan ini.