hijrah

wallahi bukan nak menunjuk cuma aku berkongsi kisah,
kau suka silakan baca,
kau tak suka silakan tak baca,
bebas.

berubahnya aku bukan kerana dipaksa,
apa tah lagi terpaksa,
dan;
jauh lagi ada yang memaksa.
cuma;
hati kecil yang tergerak kesana.

dulu;
mmg pernah hati berkata berubah
cuma takut;
takut hati tak istiqomah,

aku nekad,
aku tahu ini pilihan terbaik,
biar;
aku tulikan telinga
biar;
aku buta kan mata,
andai ada yang berkata sumbang.

aku tahu;
di sebalik peghijrahan aku,
ada satu doa yang mengiringi hati,
doa ummi walid yang selalu bersama,
cuma;
aku yang tak nampak.

alhamdulillah.
terima kasih tuhan utk penghijrahan ini.