Ibarat

ibarat;
kau ajar aku mendaki,
tapi kau yang duluan pergi,
sempat hati kata benci,
sebab;
kau tinggalkan aku tanpa kau meragui,
sikit bantuan pun tak kau bagi,
cuma senyuman yg kau beri,
makinlah hati memberontak keji,
apa lagi;syaitan pun bertepuk mempersetujui.
kini;

sampai puncak atas dah kau daki,
tinggal aku yg tercungap cungap pergi,
habis semua aku maki,
asal sampai puncak atas seperti yang aku kau janji.
sudah dipuncak atas aku kini,

terus kau dakap kau cium aku penuh hati,akal buntu jenuh memikiri,
atas dasar apa kau begini.
lantas;

kau huraikan tiap tindakan kau,
kau bentangkan tiap alasan kau,
mengapa,kenapa,kau begitu dan begini.
satu persatu kau buka.
sebab;
kau tinggalkan aku,
kau mahu aku berdikari.
alasan;
kau tidak membantukau mahu aku berhati besi.
satu pesan kau aku ingat sampai mati,

agar aku hidup jangan terlalu menyenangi diri,
takut kelak aku akan rugi.
namun;
disebalik kisah kau yang kau ungkai,
ada satu kau simpan,
sebab;
kau mahu aku sendiri yang hurai,
yang;

disebalik lelah perih aku mendaki,
rupanya kau lagi parah memakan diri,
kerana;
kau yang mengukir jalanan yang aku daki,kau yang mencorak pandangan yang aku lalui,
aku;
aku hanya tinggal mendaki,mendaki,dan mendaki.
sekarang;aku faham aku mengerti,

aku payah susah,kau lagi lelah punah.

TERIMA KASIH 
WALID
TERIMA KASIH UMMI